Collection: Baju Melayu BMO x Rosyam Nor Dewasa

Reka bentuk minimalis Baju Melayu dengan lengan panjang cuff yang diilhamkan oleh selebriti terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor. Rekaan yang senang digayakan dan dilengkapi dengan butang baju melayu dan cufflinks RN eksklusif. Potongan slim-moden yang mudah dipakai kerana ia dilengkapi zip bahagian sisi badan di sebelah kiri untuk keselesaan dan senang dipakai. Terdapat dalam pelbagai warna dan mudah dipadankan dengan pakaian sedia ada.

Terdapat 20 pilihan warna dari size XS hingga 2XL. Pilihan reka bentuk kolar Cekak Musang - dipadankan dengan seluar hitam dan kasut, sesuai digayakan pada majlis-majlis keramaian;

atau kolar Teluk Belanga - dipadankan dengan khakis dan sandal untuk penampilan yang lebih kasual.