Setanjak Warisan Berzaman
Share
by Ruby
Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri. Assalamualaikum semua. Tahun 2019 Ruby nampak fesyen lelaki melayu semakin berevolusi. Dari pakaian yang ada pelbagai rekaan. Tapi Baju Melayu tidak boleh dilupakan. Semakin hari, semakin bertambah minat ramai membeli Baju Melayu. Wajib ada sepasang bak kata suami Ruby. Nak dijadikan cerita, kami bincang tentang Songkok, Kopiah & Tanjak. Haha. Ruby pujuk suami pakai Tanjak. Sebab suka tengok lelaki zaman dulu atau Raja-Raja Melayu tampil kacak dengan Tanjak mereka. Alhamdulillah suami setuju! Sekali untuk Adam & Alif akan Ruby beli Tanjak. Yahoo.
Tengkolok, Destar & Tanjak BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri
Permulaan Ruby nampak lebih jelas kekacakan penggunaan Tanjak adalah semasa Tayangan Perdana Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal. Jadi, Ruby bertanya kepada staff Les’ Copaque. Selesa tak pakai Tanjak? Ada saiz untuk budak ke? Balik je rumah, terus Google semua nama panggilan Tanjak, Tengkolok dan Destar. Nak cari lokasi paling dekat dan boleh cuba.
Ruby nak suami dan anak-anak cuba dan rasa nikmat membeli-belah keperluan Aidilfitri. Ini adalah kenangan buat anak-anak. Ruby sentiasa sibuk dengan kerjaya. Anak-anak sibuk dengan fokus pelajaran. Suami sibuk dengan jadual kerja. Jadi, Ramadan adalah masa yang sering kami bersama. Ahhh tetiba cerita sedih. Haha
- Koleksi Sepanjang Zaman
- Normal Price : RM 120, Sekarang RM98 (Harga Promosi Sepanjang Ramadan 2019)
- Material : Tenun ‘Handmade’
- Saiz : Adjustable
Sejarah Tengkolok, Destar & Tanjak
Tengkolok, Destar & Tanjak ni adalah barang yang sama. Cuma, nama panggilan berlainan mengikut negeri dan negara. Tengkolok dibuat seawal Kesultanan Melayu Melaka.
Rakyat biasa diwajibkan untuk menutup kepala mereka atau mengikat rambut panjang mereka agar menjadi lebih kemas apabila menghadap Sultan. Semasa Kesultanan Melayu Melaka, mereka berjaya menggunakan kain segi empat panjang, dilipat dan diikat menjadi penutup kepala. Dari situ terciptalah Tanjak untuk dipakai semasa urusan rasmi.
Tanjak ini menjadi lebih indah seiring dengan waktunya, diubah suai dan disesuaikan bergantung kepada status pemakainya. Pada pada zaman dahulu, rekaan Tanjak mewakili jawatan di Istana. Tanjak Yang di-Pertuan Agung juga mempunyai nama tersendiri iaitu “Solek Dendam Tak Sudah”.
Tanjak Sultan Selangor juga memiliki nama “Solek Balung Raja”. Oh ya nama Solek ini juga gelaran untuk Tengkolok, Destar dan Tanjak.
Diantara koleksi Tanjak yang siap untuk anda terus beli
BMO 1980 Aksesori Pelengkap Aidilfitri
Jadi, buat anda semua yang teringin nak memakai Tanjak. Ruby nak rekemen butik BMO 1980 yang terletak di Taman Dagang Ampang. Kini, Tanjak bulan sahaja dipakai semasa anda menjadi pengantin. Anda boleh pakai semasa Aidilfitri yang bakal tiba. Harga Tanjak bernilai RM 120 untuk semua jenis Tanjak yang anda minati. Ini kerana Tanjak mempunyai pelbagai jenis rekaan mengikut negeri dan jawatan pada zaman dahulu. Paling Ruby suka tengok adalah Tanjak Negeri Selangor.
En Man dari BMO 1980 sedia membantu anda. Apa sahaja jenis Tanjak beliau tahu. Hehehe
Disini proses untuk menjahit Tanjak dan alter pakaian dari BMO 1980
BMO 1980 semasa di STARVENDORS
BMO 1980 Taman Dagang Dibuka Sehingga 2 PAGI!
Buat anda semua yang mencari pakaian Aidilfitri sedondon, anda boleh datang ke Butik BMO 1980 di Taman Dagang, Ampang. Sehingga 3 Jun 2019, butik dibuka sehingga 2 PAGI! Wahh bestnya! Boleh la anda datang ke butik selepas waktu bekerja, selepas berbuka, selepas Solat Sunat Teraweh atau sebelum Sahur! Haaa ini lah peluang untuk anda dapatkan pakaian dan aksesori Aidilfitri dari tukang jahit tersohor!
BMO 1980 adalah pembuat pakaian istana, pakaian seragam cabin crew dan di butik BMO 1980 terdapat koleksi pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki, Capal 5 warna, Sampin pelbagai corak, butang baju melayu, keris, pakaian kelengkapan Umrah dan pelbagai jenis Tanjak! Kualiti BMO 1980 anda boleh lihat dari material pemilihan kain, jahitan kemas dan teliti. Selain itu, parking di butik sangat banyak! Sebelah butik ada kedai makan. Lokasi ini selamat untuk anda sekeluarga datang pada waktu malam. InsyaAllah.
BMO.1980
G-5, Jalan Dagang B/3a, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor
No Tel : 03-4288 4238
Waktu Operasi Bulan Ramadhan:
17 Mei 2019 -3 Jun 2019: 10am – 2am
Maps : https://g.co/kgs/LuZvUa
www.bmo.com.my
www.instagram.com/bmo.1980
www.facebook.com/BMO.WEARS