BMO 1980 Masih Mengekalkan Karya Tradisi Melayu Asli

BMO 1980 Masih Mengekalkan Karya Tradisi Melayu Asli

 

Fuff—Tinggal berapa hari je lagi nak Raya ni dan memang tahun ni kakak sedikit kelam kabut dengan pelbagai urusan, nasib lah ada BMO 1980 yang sedikit sebanyak membantu kakak dalam penyediaan pakaian kami sekeluarga.
Harga Baju Melayu Custom Made Ampang 2019
Kakak dan encik suami memang tak pandai befesyen sebab kitorang memang berjiwa klasik. Hahahaha~ Kitorang memang tak reti nak pakai baju yang fancy fancy berlabuci dan design pelik-pelik sampai kena tahan nafas dan tak boleh makan pada hari Raya pertama. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami memang memilih baju melayu potongan asli – ada pesak, kekek dan kemasan jahitan yang teliti. Al maklum lah, nak bergaya dengan selesa bukan mudah ya apatah lagi sepanjang hari raya pertama masing-masing sibuk berkunjung ke rumah saudara-mara dan turut menerima tetamu.
Kalau tak selesa, payah lah. Mau tantrum semuanya sekali. Hahahaha~

BMO 1980

 
Masih mengekalkan rekaan klasik, BMO 1980 yang terletak di Taman Dagang Ampang bukan sahaja mempunyai koleksi baju melayu yang belbagai tapi ada juga baju kurung Pahang dengan potongan asli. ASLI ? Ya !! Sama seperti zaman dahulu, ia kekal seperti asalnya.
Itu saja ?? 
  
Eh !! Tak—Ada juga koleksi baju melayu untuk kanak-kanak dengan pelbagai aksesori seperti tanjak, capal, sampin dan pelbagai koleksi butang baju melayu. Suai padan mengikut selera masing-masing.
Promosi Raya 2019
Menyingkap kembali sejarah BMO 1980 sendiri yang telah bertapak dalam industri fesyen sebelum kurta dan baju melayu slim-fit berada dipasaran, BMO 1980 terlebih dahulu telah mencipta nama dengan menjadi ‘tukang jahit’ berkredibiliti tinggi.
Harga Baju Melayu BMO 1980
Mengekalkan jenama BMO 1980 yang pernah menghasilkan pakaian istana dan pakaian seragam untuk cabin krew pada sebuah jenama penerbangan terkemuka di Malaysia, BMO 1980 menitik beratkan soal kekemasan, kualiti kain dan juga keselesaan para pelanggan. Dengan menawarkan harga serendah RM 30.00 untuk baju melayu kanak-kanak sehinggalah ke ratusan ringgit yang mengikut permintaan pelanggan.
Ukur baju di badan sendiri bukan sahaja bertepatan pada bajet tapi juga pada keselesaan pemakai. Hee~ Kalau tak ukur, tak sedap plak nak pakai. Kan ?

 
FAKTA : BMO 1980 adalah tailored brand turut menyediakan perkhidmatan jahitan 
baju secara tempahan dengan pilihan berpuluh jenis material dan warna. 
Tempahan pukal untuk perniagaan ? Pun adaaaaaaaaaa--


Taknak baju ready made ? Jangan risau, memang BMO 1980 menyediakan perkhidmatan custom made punnnnnnn. Kalau korang cerewet macam kakak, seeloknya tempah lah biar sedap terletak kat badan bajunya nanti.
Harga Capal Eksklusif BMO 1980
Kelainan di Aidilfitri tetapi mengekalkan tradisi ?
Kakak suka part ni. Hahahaha~ Jarang tau nak jumpa orang promote tanjak, destar dan tengkolok sebenarnya ( atau mungkin kakak tak pernah jumpa !!!!!! ) walaupun benda yang sama, tapi panggilan pada setiap negeri adalah berbeza. Mengembalikan tradisi lama pada zaman milenial, BMO 1980 sangat komited dalam memperkembangkan tradisional Melayu lama sejajar dengan perkembangan fesyen semasa.

Kat Mana Nak Beli Tanjak ?
Kalau tak pandai pakai pun tak peeeeeeeeeeeeeeee—Kat sana akan ada yang mengajar korang cemana nak pakai tengkolok dengan cara yang betul mengikut penggayaan yang sesuai.
Harga Tengkolok Selangor

 
Misi BMO 1980 adalah untuk memperkasakan pakaian lengkap tradisi Melayu 
kepada semua peringkat umur.


Tahun ni memang kakak sibuk dengan pelbagai urusan sampai tak sempat nak buat persiapan. Kesian anak-anak sebenarnya. Hahahaha~ Dan disebabkan BMO 1980 tutup pukul 2 pagi, sempat lah kitorang memunggah butik sebaik sahaja anak-anak habis tuisyen haritu.


 
YA !!
BMO 1980 TUTUP JAM 2 PAGI SEHINGGA 4 JUN 2019 !!




Last minute ? Dah tak payah pening kepala. Singgah kejap kat BMO 1980 di Taman Dagang, Ampang lepas solat terawih atau urusan lain untuk melengkapkan persiapan raya korang. Hah !! Kakak sudah !!
Baju Raya Murah 2019
ALAMAT :
BMO 1980 @ DAGANG AVENUE, AMPANG
G-5, DAGANG AVENUE, JALAN DAGANG B/3A,
TAMAN DAGANG, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Alamak !!
Dah pilih-pilih baju tapi seluar terpanjang plakkkkkk. Serabut kan nak cari tailor lain plak nak repair. Hee~ Kat BMO 1980, semua ada. Kakak pun alter seluar Nur Aiman kat sana. Memang lubuk pakaian satu keluargalah katanya.

Senang tak payah nak ke tempat lain dah.
Pantun Raya
HOTLINE : +603 2602 3303
LAMAN WEB : https://bmo.com.my/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/bmo.1980

Baju kurung baju kebaya,
Kurung Riau unik sekali,
Selesa dipakai semua bangsa,
Anggun klasik sentuhan seni.

Baju melayu kancing suasa,
Tenunan indah mahal sekali,
Kacak dipakai dihari raya,
Lambang budaya terserlah pekerti.

LOVE ;
ATIE ADNAN
Back to blog

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.